Blog Cik Siti

Selamat Hari Selasa

...السلام عليكم و رحمة الله وبركاته
Jom Minum...




Stories: Cerita Lawak 1 (lawak ker?)

Assalamualaikum...

Meh nak kongsi cerita lawak sikit...leh hilang bosan...huhuhu...

Pada suatu hari...(skema tol citer)..

Ada dua orang budak ni, diornag berjumpa di suatu tempat...sorang budak kelantan (Salmah)...sorang lagi budak Kuala Lumpur (Sally)...

Tetiba......

Seekor lipan melintasi mereka....

Mereka bertekak punya lah lama...hampir nak bergaduh lak tu..

Sally     : Ada lipan lalu, pukul cepat!
Salmah : Katok2!!
Sally     : Lipan lah!
Salmah : Katok lalu weyh!!
Sally     : Lipan la wey!
Salmah : Katok la laluh!

Nak tau sebab pe diorang hampir bergaduh...sebab si Sally dah salah faham Salmah cakap...

Dalam loghat kelantan Katok = Pukul

Hehehehehe, lawak tak cerita ni...hahahhaa... semoga anda enjoy..

Tips: Redakan Kemarahan Pasangan

Assalamulaikum..

Saja nak kongsi dgn kwan2 ni..antara tip-tips meredakan kemarahan pasangn kwn2 jer...cer tengok..jadi ke tak, cube3, huhu..

  1. Biar pasangan meluahkan isi hatinya tentang apa yang membebankan fikirannya (anda harus brsabar & memahami keadaannya yg tertekan).
  2. Ketahui punca yang menyebabkan pasangan anda marah (jangan tanya dia, anda kenalpasti sendiri di mana silapnya) & selesaikan dengan cara baik.
  3. Usah terburu-buru memujuk pasangan, beri ruang untukknya menyendiri buat seketika.
  4. Kemudian tenangkan pasangan dengan kata-kata yang lemah lembut..
  5. Sentuh tangannya semasa berbicara & peluk lah agar dia merasa selamat serta tenang
  6. Say ''sorry''... pasti kemarahn yang memuncak akan terus reda lah...
  7. Berjanji lah yang anda tidak akan mengulangi lagi demi kebahagian rumah tangga anda.
  8. Jika berkemampuan, hadiahkan sesuatu barangan kegemarannya sebagai usaha mengambil hati yang telah anda lukai.
Selamat mencuba....

Kenangan Lawatan Ke Padang, INDONESIA

Assalamualaikum..

Teringat pulak kenangan masa lawatan ke Padang, Indonesia yang di taja sepenuhya oleh pihak Universiti...best sgt...
memang cantik
Danau Maningjau (pandagan dari atas bukit)

with my grup
teringin lak nak pergi lagi...
winduuu laa....

aku kaya3! hehehhehe (ribu riban, kaya tuh)
ikan pun boleh terbang

nasik ayam best (mkn skli gn tulang2) teringin!
bas mati dekat selekoh tajam (seram)

with http://ulatulatku.blogspot.com/ at bukit tinggi.
cantik kan rumah ni...
Rumah Kelahiran Buya hamka

Busines: Jom Sama-sama Buat Duit Dengan Share Iklan

Assalamualaikum...

Semua orang dah tahu kan apa itu Says.com? Says ini memang popular dikalangan blogger dan sebelum ni pun Cik Siti pernah kongsi dengan anda kan tentang says serta bukti2 pembayaran says kan?...so sekarang ni says dah ''upgrade'' website nyer, so...kat sini Cik Siti sekali lagi nak ''upgrade'' juga lah cerita macam mana boleh buat duit dengan says ni, lau yang dah tahu ''keep on it'' ok...lau yang tak tahu lagi...leh mencuba, tak rugi...malah untung lagi adela, Cik Siti pun dah dapat hasil dari says.com....dah lima kali jugak la Cik Siti ''cash out''....nanti Cik Siti bg bukti payment lagi ok...

1 - Apa itu Says.com?

Says ini ialah salah satu kerja sambilan yang anda boleh buat dengan hanya mengiklankan iklan2 says di wall Facebook ataupun Twitter atau dengan mane-mane cara yang anda mampu buat, asalkan tidak melanggar syarat2 yang di tetapkan oleh says.com. Kalau ada blog boleh share juga di blog anda. Mana-mana pilihan yang mudah dan boleh pilih iklan mana yang anda rasa sesuai untuk dikongsi daripada iklan2 yang masih ada.

Stories: Erti Sebuah ''Kehilangan'' Episod Terakhir

Assalamualaikum...terlebih dahulu, Cik Siti ingin memohon maaf kepada pembaca yang sabar menunggu cerita selanjutnya..maaf sesangat..ini sambungan dan episod akhir sekali...

Sambungan dari episod 1 & episod 2

Maka, tinggallah Siti bersama mak angkatnya Che Mah di sebuah rumah besar itu... Bermula lah kehidupan Siti berbakti kepada insan istimewa.. Hari demi hari, minggu berganti bulan, bulan berganti tahun... Segala persiapan di dalam rumah itu, Siti yang siapkan....kemas rumah...basuh pakaian...memasak...dan menjaga segala urusan Che Mah termasuklah memandikan, memakai pakian, menyuapkan, dan segalanya menjadi tanggungjawab Siti.....Che Mah hanya menegeluarkan belanja dan mengajar Siti.. Bagaimana seorang insan lumpuh anggota badan boleh mengajar remaja yang masih mentah macam Siti?... Insan istimewa seperti Che Mah mempunyai kelebihan tersendiri kurniaan Allah...walaupun keadaannya seperti itu, dia masih boleh menjadi seorang ''guru'' yang pandai mendidik...

Dalam Sejarah hidup Che Mah, dia tidak pernah berkahwin, harta yang di milikinya di warisi dari latar belakang keluarganya dan juga sentiasa menerima belanja daripada saudara maranya yang berpangkat...Che Mah seorang yang suka bercerita..walaupun begitu dia seorang yang ''up to date''..suka membantu golongan yang tidak mampu dari segi kewangan, tidak mementingkan diri sendri, dan yang paling penting..Che Mah seorang yang berpegang teguh pada agamanya..

Che Mah telah mengajar Siti segalanya dari setiap sudut, agama, cara hidup dan segalanya tentang kehidupan...Kehidupan Siti kini lebih teratur dari dulu, lebih berdisiplin, mampu berdikari.. Pengajian dan perbelanjaan Siti semuanya di tanggung oelh Che Mah...Che Mah dan Siti makin lama makin akrab..

Romantiknya Sayang

Surat Cinta Dari Dia....

''Duhai Sayangku....Tahukah engkau...
Kata-kata yang paling simple adalah I...
Kata-kata yang paling indah adalah LOVE...
Dan orang yang abang sayang adalah YOU....
I LOVE YOU sayang...''

cewwaaahh!! romantiknya...alahai, sudah mencecah 4 bulan lebih kami ''married''..masih lagi romantik...best bila kadang2 kuar dating dengan suami ni...hehehe..maklumlah, anak tak da lagi (belum ada rezeki)..suami ku adalah kawan ku, dialah kekasihku, dialah temanku dan dia juga lah imam kepada solatku...

GIVEAWAY: Cik Siti Nak Belanja Ni.. Sape Nak?

Assalamualaikum...

TAMAT SUDAH...

Hai kawan-kawan... hope anda sihat ler ya....saje2 jer ni...ubat ilang bosan ney....

Cik Siti tak da idea nak tulis entri baru ni, sambil duk tulis cerita yang belum siap2 lagi, ingat nak bagi hadiah la.. ada sesape nak tak? cer angkat tangan.....

Tolong Saya!!

Assalamualaikum...

Kawan-kawan, help me please..... dah banyak kali dah saya cuba untuk buat ''threaded comment'', tp masih tak menjadi lagi...saya dah cuba buat tutorial macam blog Lyssa cakapkan tu..tapi masih tak menjadi...

Then, saya cuba buat edit html macam blog mari bina blog ajarkan, panjang lebar gituh, tp still tak menjadi...penat dah saya cuba ni..

Pengalaman 1st Segmen

Assalamualaikum....

Saya ni boleh di katakan masih lagi di peringkat awal dalam dunia blogger...masih lagi tidak mengerti sepenuhnya apa yang ada dalam dunia blogger..sejak saya join segmen pertama yang dianjurkan oleh blog Merepek Gila, iaitu jom tingkatkan followers sampai lebam memang tinggal ''lebam'' la blog saya, traffic blog saya sudah meningkat dan follower saya naik 100++ dalam masa lebih kurang dua minggu segmen ini berlansung...dan ia telah tamat pada 30 September 2012.

Busines: Topline? Kita Di Bayar Hanya Dengan Stay Online.. Ada Tak Siapa Join ni?

Assalamualaikum...

Bermula dengan Topline adalah cepat dan mudah. Hanya daftar , download & start surfing apa-apa website yang anda mahukan...Sebelum ni pun saya dah tulis entri mengenai topline...ramai lagi yang masih tertanya-tanya kan? bagaimana point kita naik, macam mana dia akan bayar & bla-blaa...tambah-tambah topline berwajah baru sekarang...mungkin lagi ramai akan keliru kan...gambar dekat bawah ini mungkin akan lebih menerangkkan mengenai topline...


Hari Wanita 2012

Assalamualaikum...

Semua orang tahu kan, hari ini adalah hari wanita 02/10/2012.. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat hari wanita kepada semua wanita.. sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2012 tahun ini diadakan di Sunway Pyramid Convention Centre.

Tema yang dipilih pada tahun ini iaitu “Wanita Pencetus Ekonomi Baru” amat bertepatan pada masa ini memandangkan Kajian Ernst & Young bertajuk High Achievers: Recogising the Power of Women to Spur Business and Economic Growthtelah mensasarkan pendapatan wanita secara global bakal berkembang antara USD 13 trilion hingga USD 18 trilion dalam masa 5 tahun yang akan datang. sumber Teresa Kok

SEGMEN : REVIEW BLOG BY AIN

Assalamualaikum...

Nak tak blog korang di reviewkan? jom join segmen ni lak....

Klik Banner Untuk Join
Enjoyy....
 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.