Blog Cik Siti
Showing posts with label cerita lawak. Show all posts
Showing posts with label cerita lawak. Show all posts

Stories: Dialog Lawak 2 (Lawak Ker?)

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera Dari Cik Siti ✿

Dialog 1

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik,
Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.
Shan : Kenapa menangis? 
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke? 
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.) 
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis? 
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing…

Dialog 2 

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus.

Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya…

Stories : Dialog Lawak 1 (Lawak Ker?)

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera Dari Cik Siti ✿

Dialog 1

Alkesahnya
Suami : Kenapa Sayang menangis? 
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang.. 
Suami : Buku apa? 
Isteri : Buku bank abanglah..

Dialog 2

Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta
derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.
budak : derma ape bang? 
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk didermakan? 
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya. 
lelaki : ?????

Dialog 3

Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.
Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya. 
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya. 
Siti : Erkkkkkk…….. Benci ………

SEMOGA ANDA TERHIBUR !

Stories: Cerita Lawak 9 (Lawak Ker?)

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera Dari Cik Siti ✿

Alkesahnya...dalam sebuah keluarga ni...& kesahnya bermula....dengan dialog di bawah...
* baca sampai habis dialog ni..huhu...

Stories: Cerita Lawak 8 (Lawak Ker?)

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera Dari Puan Siti ✿

Dulu saya Cik Siti..nak change la...jadi Puan Siti...tapi tak yah la panggil puan lak..panggil Siti jerla..or leh panggil Afi or leh jugak Fifah...hehhee...Actually..tengok tajuk pun tau kan kali ni saya nak kongsi ape kan..macam-macam cerita lawak saya nak kongsi..untuk hilang bosan jer...Jom baca kisahnya...

Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur – Kangar. 

Ibu itu berpesan pada pemandu bas

“Encik.. tolong tengokkan anak saya ya… Nanti kalau sampai di Ipoh… cakap pada anak saya..”

Stories: Cerita Lawak 1 (lawak ker?)

Assalamualaikum...

Meh nak kongsi cerita lawak sikit...leh hilang bosan...huhuhu...

Pada suatu hari...(skema tol citer)..

Ada dua orang budak ni, diornag berjumpa di suatu tempat...sorang budak kelantan (Salmah)...sorang lagi budak Kuala Lumpur (Sally)...

Tetiba......

Seekor lipan melintasi mereka....

Mereka bertekak punya lah lama...hampir nak bergaduh lak tu..

Sally     : Ada lipan lalu, pukul cepat!
Salmah : Katok2!!
Sally     : Lipan lah!
Salmah : Katok lalu weyh!!
Sally     : Lipan la wey!
Salmah : Katok la laluh!

Nak tau sebab pe diorang hampir bergaduh...sebab si Sally dah salah faham Salmah cakap...

Dalam loghat kelantan Katok = Pukul

Hehehehehe, lawak tak cerita ni...hahahhaa... semoga anda enjoy..
 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.