Blog Cik Siti

Segmen: Tangkap Follower Sebanyak Mungkin

Assalamualaikum...

Hai ''bloggling''... ni saya join segmen lagi..best lak join banyak-banyak segmen ni...seronok tau...
klik banner untuk join...
capture date 28/9/2012 (1.05pm)
Saya tag diorang ni...

Segmen: E'raz Fadli : BLOGWALKING

Assalamualaikum...

Hari tu saya join segmen nak tingkatkan follower sampai lebam...sekarang segmen untuk blogwalking pulak...ini lah masanya kita nak jelajah blogger...mana la tau jumpa blog yang lebih memberi manfaat kepada kita kan..kan kan? boleh jugak kita tambah kawan kan...
KLIK BANNER UNTUK JOIN
Apa yang membuatkan saya nak join segmen ni adalah kerana.....tarikh tutup nya sehingga 01 oktober 2012, wah itu adalah date hari jadi saya...sama date dengan Nasuha... hope dapat hadiah as my bufday gift....huhuhu...

Update date: closed 08/10/2012

SEMOGA BERJAYA !!!

Contest: ''Giveaway Saya Nak Makeup'' by Onenie

Assalamualaikum...

WOW!! Seronok la hadiah GA ni... siapa-siapa yang nak cantik, boleh pakai makeup kalau anda menang...ya aa aau comelnya nanti...saya pun nak cumil jugak...hehehhehee....Jom ramai-ramai join GA ni....lagi ramai join..lagi banyak hadiah kita akan dapat tau... memang best la... kalau nak join boleh blogwalking kat blog Onenie..
Nak MakeUP tak??

Contest: 8th GiveAway (GA)

Saya masuk lagi  giveaway  dari UmiYumi pulak...

Kalau join GA  NI  lagi pandai anda memasak...huhuhu

Nak tau kenapa??

Dapat kuali/ wok Tefal bersaiz 28 cm, macam gambar kat bawah ni....


Nak join tak? tengok syarat 8th giveaway ni....

Segmen: Jom Tingkatkan Followers Sampai Lebam

Assalamualaikum...

Hai kawan-kawan, segmen pertama yang saya ingin sertai..saya join SEGMEN ni... apa yang saya tau, segmen INI pun banyak dapat sambutan dari junior-junior blogger & tidak ketinggalan senior-senior pun....Saya pun tergerak hati jugak nak JOIN...yerla...ni pun boleh naikkan traffic blog kita kan...Sambil tu boleh kita ''blogwalking''....

Stories: Erti Sebuah ''Kehilangan'' Episod 2

sambungannya.....

Assalamualaikum.......maaf kepada para pembaca cerita saya kerana mengambil masa menunggu cerita selanjutnya....

Di usia belasan tahun, seorang remaja hanya tinggal berdua dengan seorang insan mulia yang sanggup mengambilnya sebagai anak angkat di sebuah rumah besar... Remaja tersebut di beri nama ''Siti'', insan itu pula di panggil ''Che Mah''. Apa yang menyedihkan ialah, Che Mah ini lumpuh anggota badan, tidak berdaya untuk berjalan dengan sendiri, memerlukan pertolongan seseorang... Kehadiran remaja yang tidak mengenal lagi erti hidup telah banyak membantunya... di saat dia amat memerlukan pertolongan dan juga teman seperbualan....

Imbas semula pertemuan pertama antara Che Mah dan Siti, sebenarnya Siti merupakan rakan sekolah kepada anak sedara nya... Siti bertandang ke rumah Che Mah kerana ingin mengulangkaji pelajaran bersama anak sedaranya.. Setibanya di rumah itu, Siti melihat Che Mah dengan penuh rasa simpati..

Stories: Erti Sebuah ''Kehilangan'' Episod 1

Assalamualaikum....

Entri saya kali ini mungkin la sedikit menyayat hati para pembaca... Ini dari kisah sebenar yang berlaku dalam hidup saya.. Memang jarang kita nak temui seseorang yang begitu baik terhadap kita sepanjang hidupnya kan? Pemergian dia dalam hidup saya meninggalkan kesan yang amat mendalam dalam sejarah hidup saya.

Kisahnya bermula...

Seorang yang di lahirkan di dalam sebuah keluarga yang serba kekurangan dari segi kewangannya, tapi keluarganya masih lagi lengkap, beribu dan berbapa. Kisahnya bermula apabila dia menjejakkan kaki ke alam remaja. Seorang insan yang berstatus mak, masih ''bujang'' dan berhati mulia ingin mengambilnya sebagai ''anak angkat'' setelah mengetahui latar belakang keluarga remaja tersebut.. Dengan rela, dia telah menerima tawaran itu dengan hati yang terbuka, keluarganya semua sudah bersetuju dengan tindakkannya.

Sebenarnya mak angkat dia seorang yang lumpuh anggota badan sejak umurnya 50++.. Dia membuat kepputusan untuk mengambil remaja ini sebagai anak angkat ketika remaja itu berumur 13tahun, dan sejak itu remaja ini menjaga dan berbakti kepadanya. Dia telah mengajar remaja tersebut erti sebenar sebuah kehidupan sebagai seorang yang betul-betul bergelar ''insan''.

Kehidupan remaja tersebut sebelum ini tiada arah dan tujuan, masih lagi kebudak-budakkan, masih lagi leka bermain bersama kawan-kawan, masih lagi tidak stabil dari segi pegangan hidup..maklumlah baru habis sekolah rendah... Dan kehadiran dia telah merubah segalanya, memberi seribu satu impian, menyinari sejuta masa depan, membuka mata kepada dunia sebenar dan akhirat kelak untuk remaja itu serta menjadikannya seorang yang lebih berdikari dari remaja lain semasa peringkat umur mencecah 13 tahun...baru nak masuk tingkatan satu...baru nak alami dunia pelajar menengah....

Nak tau ape lagi yang berlaku dalam hidup saya? panjang lagi yang saya nak ceritakan...Tulis sikit-sikit dulu, nanti penat ker, bosan ker, tak menarik ker korang nak membaca pulak... Maklumlah, saya ni baru belajar nak menjadi ''pengarang'', slow sikit....huhuhuhu....
tunggu sambungannya.... 


Mana Lebih Bagus? Kerajaan? Swasta?

Memang tidak dinafikan lagi, bekerja dalam sektor awam amatlah diimpi-impikan oleh kebanyakan orang di Malaysia terutamanya bagi mereka yang baru sahaja yang menamatkan persekolahan ataupun pengajian di kolej-kolej atau di universiti. Bekerja di sektor awam mempunyai pelbagai kebaikannya yang tersendiri. Ada orang kata kerja di sektor awam ini ‘rileks’ sedikit berbanding swasta. Kalau di fikirkan ada juga betulnya kan? Tetapi tidak semestinya begitu! bekerja di sektor awam ini begitu tinggi cabarannya demi memastikan perjalanan pentadbiran dan pengurusan Negara berjalan dengan lancar.

Dilaporkan permohonan untuk jawatan awam yang dianjurkan oleh sektor awam meningkat pada setiap tahun kerana terdapat banyak kelebihan dan faedah yang diperolehi setelah menyertai sektor awam. Di antaranya adalah:
  • Elaun Perumahan,
  • Cost Of Living Allowance (Cola),
  • Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA),
  • Kenaikkan Gaji Setiap Tahun,
  • Kemudahan Pinjaman Komputer Dan Kenderaan,
  • Cuti Tahunan Mengikut Kelayakan,
  • Cuti Bersalin,
  • Pinjaman Perumahan,
  • Caruman KWSP ataupun Pencen,
  • Bersara pada umur 58 tahun,
  • Peluang Kenaikan Pangkat,
  • Peluang Melanjutkan Pelajaran,
  • Peluang Untuk Berkursus dari masa ke semasa,
  • Bekerja dalam jangkasamasa yang sesuai bagi manusia 8 jam sehari (kadang-kadang lebih masa juga),
  • Lebih mepunyai masa bersama keluarga dan dapat mewujudkan keluarga yang lebih bahagia.
Ramai yang akan memilih untuk kerja dalam sektor awam berbanding swasta. Saya pun sama, belum habis belajar lagi dah terus apply dengan spa . Tapi saya sekarang bekerja di sektor swasta, belum ada rezeki dan tak sungguh-sungguh minta kerja awam ni. Macam saya tengok jawapan bagi persoalan ini, persoalan macam ni memang sering bermain di fikiran semua anak muda yang sudah habis belajar atau tidak.

So, apa pandangan anda? Dilema..:-) Kerajaan ker? Swasta ker? Sendiri ker?
 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.