Blog Cik Siti

Mana Lebih Bagus? Kerajaan? Swasta?

Memang tidak dinafikan lagi, bekerja dalam sektor awam amatlah diimpi-impikan oleh kebanyakan orang di Malaysia terutamanya bagi mereka yang baru sahaja yang menamatkan persekolahan ataupun pengajian di kolej-kolej atau di universiti. Bekerja di sektor awam mempunyai pelbagai kebaikannya yang tersendiri. Ada orang kata kerja di sektor awam ini ‘rileks’ sedikit berbanding swasta. Kalau di fikirkan ada juga betulnya kan? Tetapi tidak semestinya begitu! bekerja di sektor awam ini begitu tinggi cabarannya demi memastikan perjalanan pentadbiran dan pengurusan Negara berjalan dengan lancar.

Dilaporkan permohonan untuk jawatan awam yang dianjurkan oleh sektor awam meningkat pada setiap tahun kerana terdapat banyak kelebihan dan faedah yang diperolehi setelah menyertai sektor awam. Di antaranya adalah:
  • Elaun Perumahan,
  • Cost Of Living Allowance (Cola),
  • Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA),
  • Kenaikkan Gaji Setiap Tahun,
  • Kemudahan Pinjaman Komputer Dan Kenderaan,
  • Cuti Tahunan Mengikut Kelayakan,
  • Cuti Bersalin,
  • Pinjaman Perumahan,
  • Caruman KWSP ataupun Pencen,
  • Bersara pada umur 58 tahun,
  • Peluang Kenaikan Pangkat,
  • Peluang Melanjutkan Pelajaran,
  • Peluang Untuk Berkursus dari masa ke semasa,
  • Bekerja dalam jangkasamasa yang sesuai bagi manusia 8 jam sehari (kadang-kadang lebih masa juga),
  • Lebih mepunyai masa bersama keluarga dan dapat mewujudkan keluarga yang lebih bahagia.
Ramai yang akan memilih untuk kerja dalam sektor awam berbanding swasta. Saya pun sama, belum habis belajar lagi dah terus apply dengan spa . Tapi saya sekarang bekerja di sektor swasta, belum ada rezeki dan tak sungguh-sungguh minta kerja awam ni. Macam saya tengok jawapan bagi persoalan ini, persoalan macam ni memang sering bermain di fikiran semua anak muda yang sudah habis belajar atau tidak.

So, apa pandangan anda? Dilema..:-) Kerajaan ker? Swasta ker? Sendiri ker?

6 Sedang Bercerita:

Denaihati Best Blogger TipsReply itBest Blogger Templates said...

askm. ada satu komen kat forum tu, rezeki ada kat mana2. bila sedang kerja di swasta, ramai yg teringin nak kerja dgn gomen pula. kerja sendiri tu terbaik, mengikut hadis 9/10 kekayaan datangnya dari perniagaan.

ecadwinkyasha Best Blogger TipsReply itBest Blogger Templates said...

tidak dinafikan bekerja dgn kerajaan itu lebih bagus....tpi semuanya dri kita.keja dgn kerajaan tpi terkongkong,mcm xguna..so,better kerja sendiri kan :)

daddydee Best Blogger TipsReply itBest Blogger Templates said...

memana pun sama je. Kalau kita ikhlas bekerja insyallah ganjaran akan setimpal...


cuma kelebihan ketara goverment adalah keluarga dan ibu bapa kita akan boleh dapat rawatan percuma di hospital kerajaan...

Puan Siti Best Blogger TipsReply itBest Blogger Templates said...

Terima kasih atas pndangan2 anda semua...

Anonymous Best Blogger TipsReply itBest Blogger Templates said...

gday akuadalahsiti.blogspot.com blogger discovered your blog via search engine but it was hard to find and I see you could have more visitors because there are not so many comments yet. I have found site which offer to dramatically increase traffic to your site http://xrumer-services.net they claim they managed to get close to 4000 visitors/day using their services you could also get lot more targeted traffic from search engines as you have now. I used their services and got significantly more visitors to my site. Hope this helps :) They offer best services to increase website traffic Take care. Roberto

9n0L4 Best Blogger TipsReply itBest Blogger Templates said...

due due ade baik dan buruknye. rezeki ade di mane mane. yg penting kita usaha. :)

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.