Blog Cik Siti

Stories: Cerita Lawak 8 (Lawak Ker?)

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera Dari Puan Siti ✿

Dulu saya Cik Siti..nak change la...jadi Puan Siti...tapi tak yah la panggil puan lak..panggil Siti jerla..or leh panggil Afi or leh jugak Fifah...hehhee...Actually..tengok tajuk pun tau kan kali ni saya nak kongsi ape kan..macam-macam cerita lawak saya nak kongsi..untuk hilang bosan jer...Jom baca kisahnya...

Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur – Kangar. 

Ibu itu berpesan pada pemandu bas

“Encik.. tolong tengokkan anak saya ya… Nanti kalau sampai di Ipoh… cakap pada anak saya..”
Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. Setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya..

“Sudah sampai Ipoh belum?”

Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya. Penumpang disebelahnya menjawab..

“Tidur aje la.. Belum sampai lagi ni.. nanti kalau sampai saya akan kejutkan!”

Tapi si anak tidak mahu diam.. dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya,

“Pakcik..sudah sampai Ipoh ke belum?”

Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu berkata.. “Belum! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh.. pasti dikejutkan..!”

Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi.. semua orang di dalam bas lupa pada si anak ini, sehingga ketika sampai di Ipoh.. tidak ada seorang pun yang membangunkannya... Hinggalah melepasi Alor Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun. Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia bertanya pada para penumpang..

“Encik-encik dan puan-puan sekalian.. bagaimana ni..perlukan kita hantar semula anak ini?”

Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si anak kembali ke Ipoh… Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke Ipoh.. Sesampai di Ipoh… si anak dibangunkan.

“Nak! Sudah sampai di Ipoh! Cepat bangun!” Kata Pemandu..

Si anak bangun dan berkata.. “Oh sudah sampai ya!”

Lalu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya.. Seluruh penumpang kehairanan…

“Bukankah kamu hendak turun di Ipoh?” tanya pemandu kebingungan.

“Tidak lah.. mama saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus ni!”

Setakat tu jelah cerita nya..budak katakan...baru 5 tahun tuh..ada ke patut..Lawak ke kecian kat budak nih? hehehe...

HEPY ENJOY ALL !!

29 Sedang Bercerita:

Unknown Best Blogger TipsReply itBest Blogger Templates said...

http://ezawarna-warnakehidupan-etuza.blogspot.com/
hallo Pn Siti tq terjah blog daif saya ya..datanglah selalu hehehe...)

Unknown Best Blogger TipsReply itBest Blogger Templates said...

hohohohoho..gelak guling2 dah ni puan siti..eh cik siti....hihihihi

lelamaisara Best Blogger TipsReply itBest Blogger Templates said...

hahahah...kecian pon ade...bebudak....

Puan Siti Best Blogger TipsReply itBest Blogger Templates said...

etuza: hai...TQ singh sini....I will...

Puan Siti Best Blogger TipsReply itBest Blogger Templates said...

izan mama mia: huhuhu, jgn biarkan anak bersendirian cmtu lak nti..hhuhuhu...

kinara kinatara Best Blogger TipsReply itBest Blogger Templates said...

hohoho...perabih minyak semata2..nak makan nasi kat ipoh..hahaha:)

Tie HT Best Blogger TipsReply itBest Blogger Templates said...

as salam

oo dah tawen ek siti..lucu jugak story ni, habeskan minyak bas je kan :)

Puan Siti Best Blogger TipsReply itBest Blogger Templates said...

lelamaisara:kecian larh..bebudak katakan..huhuhu...

Puan Siti Best Blogger TipsReply itBest Blogger Templates said...

kinara kinatara: hahaha..itula...hbis minyak kan..hahhaa...

Puan Siti Best Blogger TipsReply itBest Blogger Templates said...

Tihara: yer kak..ct dah kawen dh...bru 5bln lebey cmtu ler...

Miss N™ Best Blogger TipsReply itBest Blogger Templates said...

hahahaha...sian pun ade..!
lawak pun ade, semata2 nak mkn nasi bungkus.. ihih

zuhdi sanusi Best Blogger TipsReply itBest Blogger Templates said...

haha., da kene latu eik., :P

vlog media news Best Blogger TipsReply itBest Blogger Templates said...

Kacian sangat itu penumpang di bas kerana anak tersebut ya.. Kesal atau marah kah mereka ?

Puan Siti Best Blogger TipsReply itBest Blogger Templates said...

Cik Nur: itula...cerewet tol dak ni..hehehe...

Puan Siti Best Blogger TipsReply itBest Blogger Templates said...

zuhdi sanusi: Lawak santai..huk3..:P

Puan Siti Best Blogger TipsReply itBest Blogger Templates said...

cik awi: gmbarkan larh..heheh..nak marah budak kan...nak gelak pn wt skit ati jew...sabo jelah...

Stiker Jalingkut Best Blogger TipsReply itBest Blogger Templates said...

heheh upin & ipin jdi nya,ni xixix.. met sore mbk

Unknown Best Blogger TipsReply itBest Blogger Templates said...

Hehehe...
Tapi kesian la budak tu :-)

cerita best Best Blogger TipsReply itBest Blogger Templates said...

hahaha bg bt abis minyak je....klo pakjoe x pasal dh ahhahaha

c!kon!ech!c Best Blogger TipsReply itBest Blogger Templates said...

hahahahaha.....nak guling2!!!pakcik bus pulak patah balik???baiknye la hai....

RIZZNA Best Blogger TipsReply itBest Blogger Templates said...

Hahaha..kt tmpt lain tkleh makan nasi tu. Mknanya bdk tadi tu msti tido dlm kelaparan..

Itulah kan... CiM klau ank byk tanya, psti CiM akn tnya smula kenapa.

Wanieys a.k.a IbuQalief Best Blogger TipsReply itBest Blogger Templates said...

haha kesian betol la..

Abang Karu Best Blogger TipsReply itBest Blogger Templates said...

la....benti nk makan je huhuhuu

Annamariana1989 Best Blogger TipsReply itBest Blogger Templates said...

hahhahaaaaa....terbaik la...

TiranaAduka Best Blogger TipsReply itBest Blogger Templates said...

salam
Salam kenal puan siti

Arina Shamsul Best Blogger TipsReply itBest Blogger Templates said...

hahahaha..aduh..parah ni.jujur dan lurus bendulnya budak tersebut..hahaha.

Arina Shamsul Best Blogger TipsReply itBest Blogger Templates said...

hahahaha..aduh..parah ni.jujur dan lurus bendulnya budak tersebut..hahaha.

Ujie Othman Best Blogger TipsReply itBest Blogger Templates said...

Kui3..so lawak! Ketawa baca..
Pengajarannya: kenalah tanya betul2..

Unknown Best Blogger TipsReply itBest Blogger Templates said...

Hahahaaaa.......!!~ Terbaik...

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.