Blog Cik Siti

Tips: Kecantikan Luaran & Dalaman Khas Untuk Wanita Part 3

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿

Kekal Cantik, Menarik, Tertarik... Kau Memang The Boommm!!!

Sambungan dari...

  1. Kecantikan Luaran & Dalaman Part 1 
  2. Kecantikan Luaran & Dalaman Part 2
Hai... Sihat ke? Kalau tak sihat..jgn lupa makan ubat yer... Kali ni Siti nak kongsi petua-petua yang best2 la jugak untuk kawan2..hope ni berguna..Mungkin ada yang dah pernah dengar, mungkin tidak...Petua-petua ni Siti mintak dengan kawan-kawan Siti yang sudi berkongsi...Dan petua ini juga Siti pernah di kongsi dari arwah mak angkat Siti & mak kesayangan Siti...Dan petua-petua yang Siti nak kongsi ini juga adalah koleksi dari berbagai pengalaman dan tulisan..

Dalam masyarakat tradisi Melayu kita, memang terdapat banyak petua-petua khas untuk anak dara yang elok dilakukan agar sentiasa dipandang cantik, menarik, menawan dan cepat dipinang orang. Dan juga boleh diamalkan terus oleh wanita yang telah berkahwin dan telah mempunyai anak. Antaranya:
  • Bangkit Bersambut : bangkit bersambut ni macam bila kita nak tidur malam, duduk berlunjur dengan relaks dan rebahkan badan ke atas tilam anda tanpa menongkatkan badan dengan badan..haa..macam mana tuh?maknanya, xleh nak betongkat tangan lah masa nak baring tu. dan bila bangun pun, lunjurkan kaki dan bangun juga tanpa menongkatkan badan dengan tangan dan cecah kedua jari kaki dengan tangan..simple kan?? itulah bangkit bersambut
  • Wajah Suci : Apabila bangun pagi, jika membasuh muka, elakkan dari mencucinva menggunakan sebarang alat pencuci atau mengesat muka dengan sebarang pengesat. Biarkan air itu kering sendiri pada muka. Jika mengambil air sembahyang pun, usahlah dikesat air itu, biarkan ia kering sendiri. Ini berfaedah mengekalkan kecantikan asli wanita, dan menjadikan muka bercahaya dan segar kerana pelembap asli muka tidak dibuang. sucikan wajahmu..macam mana wajah orang2 perempuan melayu dulu suci, macam ni lah yang dia buat. mereka bangun pagi dan basuh muka, tapi tidak menggunakan sebarang pencuci muka dan tidak mengesat muka dengan sebarang pengesat..maybe kalau kita kesat muka kita dengan kain, ia seolah2 menarik2 muka kita yang tegang tu untuk jadi kendur..malah, ada yang ganas gila kesat muka dengan kasar..ish!rosak muka mak!biarkan air tadi kering dengan sendiri..kalau ambil air sembahyang sekalipun, biarkan ia kering dengan sendiri..alhamdullilah, aku selalu amalkan yang ni..:) ini dapat mengekalkan kecantikan asli wanita dan menjadikan muka anda-anda semua bercahaya dan segar sebab pelembab asli muka tidak dibuang..maknanya air yang kering sendiri dimuka tadi akan melembapkan kulit wajah anda..tak payah susah2 guna produk lain.. 
  • Menyegarkan Payudara : Apabila mandi, terutamanya di awal pagi, cucurkan air pancuran atau air paip ke atas kedua-dua belah payudara agar payudara sentiasa subur dan segar, tidak mudah jatuh.ehemm...yang ni mesti ramai yang berminat..tak kira lah anda punya besar atau kecik, kene jaga untuk bakal suami kalian..ye dop?? caranya, kalau mandi terutamanya waktu pagi, cucurkan air pancuran atau air paip ke atas kedua-dua belah payudara agar payudara sentiasa subur dan segar dan dan dan! tak mudah jatuh..jadi, selaluh lah bangun awal dan mandi di awal pagi ye kaum hawa.. 
  • Taman Semerbak Mewangi : Amalkan makan makanan yang segar seperti ulam-ulam yang wangi baunya dan sayur-sayuran yang wangi sejak dari kecil lagi. Amalkan sentiasa. Nafas dan badan juga akan menjadi wangi. Petua ini telah diketahui sejak beribu tahun yang lampau.erk, apa maksud taman semerbak ni??dia cakap, mewangi amalkan memakan makanan yang segar seperti ulam-ulaman yang wangi baunya, maknanya bukan petai atau jering serta sayur-sayuran yang wangi sejak dari perawan atau sejak anda muda atau sejak kecik..amalkan sentiasa.nafas dan badan anda-anda juga akan jadi wangi, tak payah nak sembur perfume..semulajadi wangi! 
  • Lubang Jarum : Latih otot penahan kencing, seolah-olah seperti menahan dan hendak buang air kecil, kemutkan berulang-ulang. Kemudian kemutkan pula otot dubur seolah-olah mahu menahan dari buang air besar, berulang-ulang juga. Jika boleh jadikan ia amalan setiap hari.apa plak lubang jarum ni??ishh, unik betul orang-orang melayu nih..ouh! ni untuk anda bersedia pada malam pertama..eii, macam xsabar la plak nak kawin! hee. latih otot penahan kencing, seolah-olah seperti hendak menahan dari buang air kecil dan kemutkan berulang-ulang..maaf ya, saya tidak berniat untuk menulis lucah, hanya berkongsi petua orang melayu. kemudian kemutkan pula otot dubur macam nak tahan dari buang air besar, buat banyak-banyak kali. dan kalau boleh, jadikan amala setiap hari..err,,amalkan ye.. 
  • Suara Perindu : Elakkan dari banyak memakan makanan yang pedas-pedas atau yang agak panas. SeIalu minum air asam jawa. Berlatih bercakap dengan mengawal nada suara, jangan dilepaskan suara sewenang-wenangnya. Dikatakan bahawa suara perawan adalah bagai bunyi seruling yang merdu.bukan zaidi buluh perindu ye..kalau nak suara sedap yang boleh menggetarkan perasaan lelaki, elakkan dari makan makanan pedas atau panas dengan banyak..bukan xboleh, tapi elakkan dan kurangkan kuantiti pengambilan..:) dan selalu minum air asam jawa. berlatih bercakap dengan mengawal nada suara..jangan nak menjerit-jerit kalau nak panggil orang, atau ketawa melalak macam pontianak kalau tengok video matluthfi..hee..dikatakan bahawan suara perawan adalah bagai bunyi seruling yang merdu..anda-anda dan anda yang masih perawan tu, jangan lupa amalkan ya!
  • Mengurut Pangkal Bunting Padi : Biasakan mengurut di pangkal betis, iaitu dengan cara menekan dan memicit kawasan antara urat keting dan buah betis. Lakukan selalu, kerana ini baik untuk mempertingkatkan prestasi kepekaan rasa apabila jima' setelah berkahwin nanti.bunting padi ialah betis, dan pangkal bunting padi ialah pangkal betis la ye? biasakan mengurut pangkal betis, dengan menekan dan memicit kawasan antara urat keting dan buah betis. lakukan selalu sebab ini boleh mempertingkatkan prestasi kepekaan rasa apabila jima' setelah berkahwin nanti..uuuuu....!
  • Payudara Montok : Elakkan dari meniarap di atas lantai sama ada di waktu siang atau malam, kerana meniarap di lantai akan mengendurkan payudara anda.erkk,payudara lagi..kalau nak payudara montok, elakkan dari meniarap di atas lantai sama ada waktu siang atau malam sebab meniarap boleh mengendurkan payudara..ouh! jangan la anda online atau buat kerja sambil meniarap ye, nanti rosak satu aset yang paling berharga untuk bakal suami.. 
yeah!!itu dia, antara petua melayu untuk anda-anda amalkan..jangan lupa, kita ni wanita melayu, jaga adab dan tatasusila kita dan jangan lupa yang kita ni berketurunan melayu..jangan diikut sangat budaya barat yang tak cun dan tak menampakkan kita ni melayu.. 

SELAMAT MENGAMALKANNYA..!!

4 Sedang Bercerita:

Miss N™ Best Blogger TipsReply itBest Blogger Templates said...

best2 tips ni..nanti boleh cuba...terima kaseh ya puan siti.. :)

TiranaAduka Best Blogger TipsReply itBest Blogger Templates said...

salam puan
Memang info yg padat..terbaik!

Tie HT Best Blogger TipsReply itBest Blogger Templates said...

as salam

menarik jugak tips ni..thanks ct sharing:)

Unknown Best Blogger TipsReply itBest Blogger Templates said...

OFFERING FREE FAIRNESS PRODUCT!!!
TAWARAN PERCUMA PRODUK PENCERAHAN KULIT!!!
Hurry Up: +6016 271 5447!!!

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.