Blog Cik Siti

Stories: Erti Sebuah ''Kehilangan'' Episod Terakhir

Assalamualaikum...terlebih dahulu, Cik Siti ingin memohon maaf kepada pembaca yang sabar menunggu cerita selanjutnya..maaf sesangat..ini sambungan dan episod akhir sekali...

Sambungan dari episod 1 & episod 2

Maka, tinggallah Siti bersama mak angkatnya Che Mah di sebuah rumah besar itu... Bermula lah kehidupan Siti berbakti kepada insan istimewa.. Hari demi hari, minggu berganti bulan, bulan berganti tahun... Segala persiapan di dalam rumah itu, Siti yang siapkan....kemas rumah...basuh pakaian...memasak...dan menjaga segala urusan Che Mah termasuklah memandikan, memakai pakian, menyuapkan, dan segalanya menjadi tanggungjawab Siti.....Che Mah hanya menegeluarkan belanja dan mengajar Siti.. Bagaimana seorang insan lumpuh anggota badan boleh mengajar remaja yang masih mentah macam Siti?... Insan istimewa seperti Che Mah mempunyai kelebihan tersendiri kurniaan Allah...walaupun keadaannya seperti itu, dia masih boleh menjadi seorang ''guru'' yang pandai mendidik...

Dalam Sejarah hidup Che Mah, dia tidak pernah berkahwin, harta yang di milikinya di warisi dari latar belakang keluarganya dan juga sentiasa menerima belanja daripada saudara maranya yang berpangkat...Che Mah seorang yang suka bercerita..walaupun begitu dia seorang yang ''up to date''..suka membantu golongan yang tidak mampu dari segi kewangan, tidak mementingkan diri sendri, dan yang paling penting..Che Mah seorang yang berpegang teguh pada agamanya..

Che Mah telah mengajar Siti segalanya dari setiap sudut, agama, cara hidup dan segalanya tentang kehidupan...Kehidupan Siti kini lebih teratur dari dulu, lebih berdisiplin, mampu berdikari.. Pengajian dan perbelanjaan Siti semuanya di tanggung oelh Che Mah...Che Mah dan Siti makin lama makin akrab..

Dialog:
Saudara Che Mah: Siti, Che Mah tak boleh kalau mu tak da kat rumah ni, semangat dia lemah kalau mu tak da, kalau mu tak da, macam-macam jadi kat dia...apa-apa yang aku buat, dia tetap nak seperti yang mu buat...mu jaga la Che Mah betul-betul...aku terima kasih kat mu..Che Mah lebih gembira dengan mu..mu banyak bersabar dengan dia...mu pandai layan dia walau dia lumpuh macam tu...

Hati Siti terharu dengan kasih sayang Che Mah dan juga sedara maranya, Che Mah sudah begitu yakin yang Siti mampu menjaganya, dan dia telah mempercayai Siti..sehinggalah Siti tamat sekolah menengah..Tamat sahaja tingkatan enam, Siti menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke Universiti, sesuatu yang tidak di sangkakan...

Dengan berita itu, hati Che Mah berbaur gembira, sedih dan risau...gembira kerana Siti berjaya melanjutkan pengajian ke menara gading, sedih kerana terpaksa berpisah dengan Siti, risau nanti siapalah yang akan menjaganya sepert yang Siti telah jaga..selama 6 tahun lebih Siti menjaganya, selama 6 tahun mereka bersama..Siapa yang akan menggantikan tempat Siti..ini yang sedang bermain di fikiran Che Mah..Walaubagaimanapun, Che Mah terpaksa melepaskan Siti dengan rela...masih berat hatinya untuk berpisah..

Setelah pemergian Siti, kehidupan harian Che Mah tidak seceria dulu..hidupnya kini hambar, walaupun kadang-kadang setiap hujung bulan Siti akan bertandang ke rumah nya, hatinya masih tidak seceria dulu...hidupnya masih perlu di teruskan...Siti pula meneruskan pengajian selama 4 tahun dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda di sebuah universiti tempatan...

~~empat tahun kemudian.....

Suatu hari, Che Mah jatuh sakit, dulunya dia mampu bergerak walau sedikit, sekarang dia tidak mampu bergerak langsung...memerlukan pertolongan sepenuhnya...akhirnya Che Mah telah berpindah ke rumah adik lelakinya.. Apabila mendengar berita itu, hati Siti gelisah, takut akan kehilangannya..Siti telah pun menamatkan pengajian nya, dan Siti bekerja di salah sebuah hotel berdekatan selama hampir dua bulan, mendengar berita itu, tanpa berfikir panjang Siti mengambil keputusan berhenti kerja untuk menjaga Che Mah buat kali terakhir...Che Mah yang sakit tenat membuatkan hati Siti terlalu sedih...bayangkan selama 4 tahun Siti tidak bersama Che Mah, di saat kesakitan itu, Che Mah hanya mampu mengatakan ''aku nak Siti, aku nak Siti''... Terharu dan terlampau sedih, tidak mampu Siti ucapkan betapa kesedihan yang di rasai, dan penderitaan yang Che Mah alami..

''Siti: Che Mah, Siti ada ni..(dengan perlahan Che Mah membuka matanya).
Che Mah: (hanya mampu melihat dengan penuh rasa kerinduaan)
Siti: Ya allah, maafkan Siti, Che Mah...
Che Mah: (hanya mengelipkan matanya)''

Che Mah tidak mampu lagi berkata-kata, Siti berbakti kepada Che Mah di saat penderitaan yang Che Mah alami, Siti hanya mampu berdoa agar Tuhan meringankan penderitaan Che Mah, Che Mah yang kini mengalami lumpuh seluruh anggota badan, tidak mampu makan, yang hanya mampu menelan air sahaja, di saat itu lah perasaan bersalah menyelubungi Siti kerana meninggalkan Che Mah begitu lama..

''Che Mah!! jerit Siti kepada adik lelaki Che Mah dan isterinya..Che Mah dah tak da''

Lidah terkelu, bibir membeku..Siti telah kehilangan Che Mah..orang yang dia sayangi, Siti tidak sempat membalas jasa, Che Mah sudah pergi meninggalkannya, buat selama-lamanya...

''Bisik hati Siti : Ya Allah Ya Tuhanku, kau ampunilah segala dosaku kerana telah meninggalkan Che Mah di saat dia perlukan aku..Ya Allah, sesungguhnya dia insan yang mulia, Kau tempatkanlah dia di kalangan orang-orang muslimin dan muslimat''

Hanya Tuhan saja yang tahu, Maha kekuasaanNya, Siti telah menjaga Che Mah setelah hampir dua bulan juga, akhirnya Che Mah menghembuskan nafas terakhirnya pada 11 Muharam 1433H, pada bulan November 2011...iaitu satu tarikh yang boleh dikatakan keramat jugak kerana hari kelahiran Che Mah adalah bulan 11, 11 tahun Siti bersatu hati dengan Che Mah, tahun 2011 dan 11 Muharam juga lah Che Mah telah meninggalkan dunia ini dan dunianya dalam hidup Siti...Selama-lamanya.......

pergi nya tidak kembali lagi

Ini sahaja lah cerita yang mampu saya karangkan buat para pembaca sekalian..harap kalian dapat mengambil iktibar dari cerita ini...hargai lah hubungan anda dengan sesiapa sahaja yang pernah hadir dalam hidup anda, jangan bila kita kehilangannya baru kita menyesali.. Ini adalah kisah sebenar yang telah berlaku dalam hidup saya, sehingga sekarang, kehilangan dia masih saya rasai..sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah..semoga roh arwah di cucuri rahmat-Nya..Amin..

p/s: maaf sekiranya ayat dalam cerita ini ''berbelit'' sedikit, maklumlah, kali pertama mencuba untuk membuat satu cerita rantaian seperti ini...sokongan dari rakan-rakan masih di perlukan...

Terima Kasih...





10 Sedang Bercerita:

Cik Nur Best Blogger TipsReply itBest Blogger Templates said...

Al-fatihah buat che mah..
peringatan buat nur juga, sentiasa hargai org yg ambil berat terhadap kita.. :)

sedih..!

eita Best Blogger TipsReply itBest Blogger Templates said...

al fatihah..

peringatan untuk yg masih ada..
sementara ada ni...hargai lah ye...

CintaZulaikha Best Blogger TipsReply itBest Blogger Templates said...

berpeluh baca, al-fatihah

Tihara Best Blogger TipsReply itBest Blogger Templates said...

Al Fatihah untuk arwah...alhamdulillah siti sempat berada dengannya di saat2 akhir..siti anak yang baik, insha Allah moga dia ditempatkan di kalangan orang yang beriman :)

cweet pinky Best Blogger TipsReply itBest Blogger Templates said...

ya ALLAH , sedihnya , alftihah buat dye ...

Detective Fiqa Best Blogger TipsReply itBest Blogger Templates said...

Al fatihah :(

Cik Siti Best Blogger TipsReply itBest Blogger Templates said...

@Cik Nuritula cik nur, hargai semasa org yg kita syangi masih hidup

Cik Siti Best Blogger TipsReply itBest Blogger Templates said...

@Detective Fiqaamin...

abdul aliim mansor Best Blogger TipsReply itBest Blogger Templates said...

huhuhuhuh sedih sangat lom bace dah sedih apatah lagi dah bace..tgok citer ni lak  Nii lagi sedih jom terjah nangis guling guling punya

abdul aliim mansor Best Blogger TipsReply itBest Blogger Templates said...

nnti saya bace artikel awk yeya allah indahnya bangunan ni..kalau tgok bangunan ni mesti nangis punye gerentinya

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.