Blog Cik Siti

Hari Wanita 2012

Assalamualaikum...

Semua orang tahu kan, hari ini adalah hari wanita 02/10/2012.. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat hari wanita kepada semua wanita.. sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2012 tahun ini diadakan di Sunway Pyramid Convention Centre.

Tema yang dipilih pada tahun ini iaitu “Wanita Pencetus Ekonomi Baru” amat bertepatan pada masa ini memandangkan Kajian Ernst & Young bertajuk High Achievers: Recogising the Power of Women to Spur Business and Economic Growthtelah mensasarkan pendapatan wanita secara global bakal berkembang antara USD 13 trilion hingga USD 18 trilion dalam masa 5 tahun yang akan datang. sumber Teresa Kok


“Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah hatinya, tempat dimana cinta itu ada.”

Selalunya, di sebalik kejayaan seseorang lelaki itu ada seorang wanita di belakangnya. Betul tak? Punyalah besar erti hadirnya seorang wanita dalam kejayaan seorang lelaki itu. Keindahan dan kecantikan seseorang wanita itu terletak pada sejauh mana dia dapat menjaga maruahnya. Kebijaksanaan wanita pula terletak pada hatinya, teguh imannya...

Wanita lebih cepat menangis daripada lelaki, itu memang sifat azalinya. Jika wanita menangis dalam diamnya, ada sesuatu yang tak mampu diluahkannya dengan kata-kata, melainkan air mata sebagai ganti. Wanita telah dimuliakan oleh Rasulullah sebanyak tiga kali iaitu insan yang perlu kita taat dan kali ke empat barulah kaum adam. Wanita juga dimuliakan dengan kata-kata "Syurga di bawah telapak kaki ibu". Selain itu, title syahid juga telah diberikan kepada ibu yang meninggal ketika bersalin. Tanpa wanita atau ibu, siapalah kita?

Wanita adalah kejadian yang terindah yang di cipta bagi melengkapi dan menutup kekurangan lelaki. Oleh kerana istimewanya wanita di mata seorang lelaki, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI WANITA kepada wanita di seluruh dunia terutamanya ibu saya, wanita yang telah melahirkan saya didunia dan melayan kerenah saya sepanjang membesarkan saya. Raikan hari anda dengan senyuman dan penuh kasih sayang.
Sekian.. SELAMAT HARI WANITA

5 Sedang Bercerita:

Denaihati Best Blogger TipsReply itBest Blogger Templates said...

selamat menyambut Hari Wanita Kebangsaan 2012 juga.

Puan Siti Best Blogger TipsReply itBest Blogger Templates said...

@DenaihatiTerima Kasih...

eita Best Blogger TipsReply itBest Blogger Templates said...

betapa jauh nyer ketinggalan...tak tahu langsung hari wanita...huhuhu...

selamat hari wanita

Puan Siti Best Blogger TipsReply itBest Blogger Templates said...

@eitaaiyaaa, ari sndri pn xdak tau kew? huk3....

9n0L4 Best Blogger TipsReply itBest Blogger Templates said...

wanita dan perempuan, makhluk sempurna buat lelaki. ;)

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.