Assalamualaikum....
Entri saya kali ini mungkin la sedikit menyayat hati para pembaca... Ini dari kisah sebenar yang berlaku dalam hidup saya.. Memang jarang kita nak temui seseorang yang begitu baik terhadap kita sepanjang hidupnya kan? Pemergian dia dalam hidup saya meninggalkan kesan yang amat mendalam dalam sejarah hidup saya.
Kisahnya bermula...
Seorang yang di lahirkan di dalam sebuah keluarga yang serba kekurangan dari segi kewangannya, tapi keluarganya masih lagi lengkap, beribu dan berbapa. Kisahnya bermula apabila dia menjejakkan kaki ke alam remaja. Seorang insan yang berstatus mak, masih ''bujang'' dan berhati mulia ingin mengambilnya sebagai ''anak angkat'' setelah mengetahui latar belakang keluarga remaja tersebut.. Dengan rela, dia telah menerima tawaran itu dengan hati yang terbuka, keluarganya semua sudah bersetuju dengan tindakkannya.
Sebenarnya mak angkat dia seorang yang lumpuh anggota badan sejak umurnya 50++.. Dia membuat kepputusan untuk mengambil remaja ini sebagai anak angkat ketika remaja itu berumur 13tahun, dan sejak itu remaja ini menjaga dan berbakti kepadanya. Dia telah mengajar remaja tersebut erti sebenar sebuah kehidupan sebagai seorang yang betul-betul bergelar ''insan''.
Kehidupan remaja tersebut sebelum ini tiada arah dan tujuan, masih lagi kebudak-budakkan, masih lagi leka bermain bersama kawan-kawan, masih lagi tidak stabil dari segi pegangan hidup..maklumlah baru habis sekolah rendah... Dan kehadiran dia telah merubah segalanya, memberi seribu satu impian, menyinari sejuta masa depan, membuka mata kepada dunia sebenar dan akhirat kelak untuk remaja itu serta menjadikannya seorang yang lebih berdikari dari remaja lain semasa peringkat umur mencecah 13 tahun...baru nak masuk tingkatan satu...baru nak alami dunia pelajar menengah....
Nak tau ape lagi yang berlaku dalam hidup saya? panjang lagi yang saya nak ceritakan...Tulis sikit-sikit dulu, nanti penat ker, bosan ker, tak menarik ker korang nak membaca pulak... Maklumlah, saya ni baru belajar nak menjadi ''pengarang'', slow sikit....huhuhuhu....
tunggu sambungannya....