Blog Cik Siti

Tips: Cantik Secara Semulajadi Part 1

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera Dari Cik Siti ✿

Semua tips yang Siti nak kongsikan ini ramai yang pernah dengar & dah tahu, cuma ia jaranag di lakukan oleh wanita zaman sekarang memandangkan teknologi semakin canggih dan banyak rawatan moden yang di tawarkan di pasaran sekarang.

1) Madu.

Madu merupakan pemanis semulajadi yang mengandungi banyak karbohidrat, vitamin B, C , E, mineral dan juga asid amino yang bersifat anti-oksidan. Ia juga baik untuk rawatan bibir kering meremajakan sel-sel kulit sekali gus mencegah bibir pecah-pecah.
Malahan juga, madu dapat mempertahankan kelembapan kulit.. atas faktor itulah ia sering di pakai sebagai bahan pelembab dalam pelbagai produk kecantikan sekarang. Malah ia juga bersifat anti-iritasi dan sangat sesuai bagi mereka yang memiliki kulit yang sensitif.
Selain itu, madu juga turut di gunakan oleh Cleopatra (Ratu Mesir) yang memasukkan madu bersama susu ke dalam mandian untuk awet muda. Manakala orang Cina pula menggunakan campuran madu dan biji limau yang di tumbuk halus untuk membuatkan kulit mereka tetap mulus.

2) Strawberi. 

Buah strawberi seringkali di sebut sebagai bahan semulajadi yang boleh mambantu memutihkan gigi. Bahkan aktress cantik dan tinggi lampai Catherine Zetta Jones turut menjadikan buah ini sebagai bahan untuk membuatkan giginya putih.

Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu campurkan buah strawberi yang di hancurkan bersama setengah sudu serbuk penaik. Setelah itu, sapukan pada gigi (jangan di gosok). Biarkan seketika sebelum di bersihakan. Hasilnya, anda akan nampak gigi lebih putih, tetapi jangan terlalu kerap melakukannya kerana campuran kedua-dua bahan ini boleh merosakkan enamel gigi anda.

4 Sedang Bercerita:

Tie HT Best Blogger TipsReply itBest Blogger Templates said...

makin cun blog siti :)

deq's qienz Best Blogger TipsReply itBest Blogger Templates said...

owhh ya ka..xtahu la pulok..btw nice sharing..

Puan Siti Best Blogger TipsReply itBest Blogger Templates said...

yeke kak.. thankss..

Puan Siti Best Blogger TipsReply itBest Blogger Templates said...

thankss

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.