Blog Cik Siti

Tips: Ransangan Anak Bijak Part 4

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera Dari Cik Siti ✿

Sihat semua? Cik Siti kongsi tips lagi nih...sambungan dari...
  1. Ransangan Anak Bijak Part 1
  2. Ransangan Anak Bijak Part 2
  3. Ransangan Anak Bijak Part 3
31-GOYANGKAN BADAN
Ajar anak untuk menari twist dan menjerit, mengepak seperti ayam atau berpusing seperti ballerina.

32-JADILAH TAMAN PERMAINAN
Berbaring di atas lantai dan biarkan bayi anda memanjat dan merangkak di atas anda. Ia lebih murah daripada membeli gymnasium mainan dan lebih menyeronokkan. Anda dapat meningkatkan koordinasi dan kemahiran menyelesaikan masalahnya.

33-KIRA SEMUANYA
Kira berapa banyak blok kayu yang boleh anak anda susunkan. Atau jumlah anak tangga dalam rumah anda. Atau jari jemari tangan dan kakinya. Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda.

34-GUNAKAN MASA BERCERITA SEPENUHNYA
Tunjukkan segala gambar dengan terperinci, dan tanya anak anda segala jenis soalan daripada soalan abstrak ("adik rasa kenapa Pekan nak makan telur tembakul ibunya?") sehinggalah ke soalan konkrit ("Pernah tak adik nampak kucing putih?")

35-TUTUP TV
Bayi anda memerlukan interaksi secara berdepan dengan seseorang yang tidak dapat diberikan oleh rancangan TV, walau sebaik manapun rancangan itu mengajarnya.

36-TUKAR PEMANDANGAN
Tukar kedudukan kerusi makannya di sebelah meja yan lain. Anda dapat mencabar memorinya untuk mengingat di mana hidangan diletakkan setiap kali waktu makan.

37-MAIN PERMAINAN MEMORI WAJAH KELUARGA
Ambil gambar wajah-wajah ahli keluarga yang penting dalam kehidupan bayi anda, buat dua salinan bagi setiap satu gambar - dan anda sudahpun ada satu set kad suai padan. Susunkan ia menghadap ke atas di atas lantai, dan bantu anak anda mencari dua kad yang serupa. Semakin bayi anda membesar, anda boleh mengubah cara bermain dengan menyusunnya menghadap ke bawah (menelangkupkannya) .

38-RAKAM VIDEO UNTUKNYA
Tonton video bayi anda mandi buat kali pertama, belajar merangkak, main dengan nenek dan datuk bersama-sama dengannya. Ceritakan kisah video itu untuk mengasah kemahiran berbahas dan memorinya.

39-MAIN HUJAN
Lompat ke dalam lopak air yang besar. Duduk di atas rumput basah bersamanya. Walaupun kotor, ianya menyeronokkan dan merupakan salah satu cara belajar tentang basah dan kering.

40-MENANGKAP SERANGGA
Tunjukkan gambar serangga tidak berbahaya (kumbang ladybird, cengkerik, rama-rama) di dalam majalah atau buku, kemudian pergi ke taman bunga untuk mencarinya.


✿ Terima Kasih, Like & Komen Jika Sudi ✿

3 Sedang Bercerita:

Mayang ABDUL RAZAK Best Blogger TipsReply itBest Blogger Templates said...

best info le siti.. akak pun sekarang tengah mengumpulkan ilmu2 camni nak terapkan kat anak2 akak.. emm baru timbul kesedaran .... lambat tul akak ni.. dan berharap x terlambat hendaknya..

c!kon!ech!c Best Blogger TipsReply itBest Blogger Templates said...

wow pengajaran berguna masa akan datang

airis aries Best Blogger TipsReply itBest Blogger Templates said...

Salam..anak airis cepat borink ngan buku,mcam2 cara dah buat tapi still mcam tuh,ada idea lain dari Puan Siti?

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.