Blog Cik Siti

Tips : Segarkan Muka Anda

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera Dari Cik Siti ✿


Inginkan kulit muka kelihatan sentiasa segar?

Cubalah petua ini.
  • Campurkan 4 sudu jus perahan limau nipis dengan 1sudu kecil madu. Sapukan pada seluruh wajah seperti memakai masker. Biarka selama sejam. Bersihkan dengan air suam. Amalkan 2kali seminggu.
  • Kisar sebiji epal hijau dan ambil jusnya. Sapukan jus epal ke seluruh muka dan biarkan hingga kering, anggaran selama 10 minit. Bilas dengan air suam. Amalkan selalu.
  • Jerang air hingga mendidih. Sementara itu cuci muka hingga bersih. Tuangkan air mendidih ke dalam bekas dan tundukkan muka ke dalam bekas itu supaya wap panas kena pada muka. Tutup kepala dengan tuala supaya wap tidak terkeluar. Amalkan setiap pagi dan malam.

Tips: Atasi Tercekik Tulang

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera Dari Cik Siti ✿


Anda menghadapi situasi cemas tercekik tulang?
Jangan panik… cubalah salah satu petua di bawah:
  1. Kepal2kan nasi dan terus telan. 
  2. Celupkan jari ke dalam madu, selawat 3 kali dan hisap jari tersebut. InsyaAllah tulang ikan akam terkeluar.
Jika tidak berkesan, dapatkan rawatan di klinik/hospital.

Recipes : Sambal Totok Johor


✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera Dari Cik Siti ✿

Bahan-bahan ( Bergantung )
  • 1 Bawang Merah Besar * potong
  • 4 - 5 Cili Padi * potong sedikit sahaja supaya tak meletup
  • Ikan Bilis
  • Garam Secukup Rasa
  • Ajinamoto Secukup Rasa
  • Minyak Untuk Mengoreng

Cara-cara

  • Panaskan minyak terlebih dahulu .
  • Kemudian apabila minyak sudah panas , letakkan bawang yang telah dipotong , cili padi yang di potong sedikit dan ikan bilis .

NOTE : Ikan bilis boleh letak banyak atau pun sikit , ikut kepada berapa banyak bawang . Tapi kalau korang suka bawang lebih letak lebih , kalau suka ikan bilis , letak lebih . Kalau suka pedas letak lebih

  • Goreng sehingga bawang layu atau nampak sedikit perang kemudian angkat dan toskan
  • Masukkan kesemua bahan yang telah digoreng ke dalam Batu Lesung , jangan lupa letak garam dan juga ajinamoto *tak nak letak pun takpe if tak suka . Tumbuk sehingga lumat , nak kurang lumat pun tak apa .

NOTE : Boleh makan dengan nasi sahaja , sup , magie , makan begitu sahaja dan lain lain . Selamat mencuba . Jangan lupa dah try nanti upload laa gambar . Kita nak tengok hasilnya .
 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.