Blog Cik Siti

Tempahan Hari Raya

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera Dari Cik Siti ✿


Salam sejahtera... nak dapatkan biskut raya kegemaran anda.. Jom dapatkannya dengan harga mampu milik sekarang !! Sekali cuba mesti nak lagi !!

Kuantiti : 1 balang = 50++ pcs

Harga jualan :
Beli 1 RM 24.00
Beli 2 RM 45.00 (Jimat RM3)
Beli 3 RM 66.00 (Jimat RM6)

Harga borong : RM 20.00 / balang (min 5 balang)

Untuk tempahan hubungi kami di talian 01126332382/ PM kami segera ..

Stories: Dialog Lawak 2 (Lawak Ker?)

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera Dari Cik Siti ✿

Dialog 1

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik,
Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.
Shan : Kenapa menangis? 
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke? 
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.) 
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis? 
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing…

Dialog 2 

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus.

Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya…

Stories : Dialog Lawak 1 (Lawak Ker?)

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera Dari Cik Siti ✿

Dialog 1

Alkesahnya
Suami : Kenapa Sayang menangis? 
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang.. 
Suami : Buku apa? 
Isteri : Buku bank abanglah..

Dialog 2

Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta
derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.
budak : derma ape bang? 
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk didermakan? 
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya. 
lelaki : ?????

Dialog 3

Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.
Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya. 
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya. 
Siti : Erkkkkkk…….. Benci ………

SEMOGA ANDA TERHIBUR !
 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.